Mission News

MAKLUMAT KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA DI PERANCIS

17 December 2010 1 views

12 Disember 2006     

 

MAKLUMAT KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA DI PERANCIS

 

 

1.   Sempena kedatangan tahun baru 2007 dan dalam kita meraikan sambutan akhir  tahun, saya ingin mengucapkan ?Selamat Tahun Baru? kepada semua rakyat Malaysia di Perancis.

 

2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada tuan/puan yang telah meluangkan masa untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di Paris. Pendaftaran tuan/puan sebagai rakyat Malaysia di luar negeri membolehkan pihak kedutaan menghubungi tuan/puan jika berlaku kecemasan dan juga sekiranya ada pengumuman-pengumuman tertentu yang perlu pihak Kedutaan sampaikan.

 

3.  Tahun 2007 akan merupakan tahun yang istimewa kepada seluruh rakyat Malaysia kerana negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50 yang akan disambut bersama Tahun Melawat Malaysia 2007. Pelbagai  aktiviti telah dirancangkan di Malaysia dan juga di luar negeri termasuk di Perancis. Oleh itu, Kedutaan Besar Malaysia dengan bantuan agensi-agensi kerajaan Malaysia di Paris akan mengadakan pelbagai program untuk menyambut perayaan tersebut.

 

4.    Salah satu daripada aktiviti yang dirancang adalah sambutan ?Hari Keluarga? yang akan diadakan sempena Hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada bulan Jun yang akan datang. ?Hari Keluarga? ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia di Perancis dan saya berharap tuan/puan dapat bersama kami meraikan hari tersebut. Tarikh sambutan ini akan diumumkan kelak.

 

5.    Sukacita bersama-sama ini dilampirkan senarai pegawai-pegawai Kedutaan yang boleh dihubungi, sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan yang  ingin dikemukakan.  Pendapat dan buah fikiran tuan/puan amatlah dialu-alukan untuk mempertingkatkan dan memperbaiki perkhidmatan kaunter kami terutama di-perkhidmatan konsular, penerangan dan sebagainya. Sebarang aduan bertulis boleh dialamatkan terus kepada Ketua Canseri, Kedutaan Besar Malaysia, Paris, untuk perhatian Cik Sharrina Abdullah.

 

6.   Sebagai Penaung kepada Persatuan Rakyat Malaysia di Perancis (MAF), saya telah menyampaikan penghargaan saya kapada MAF terhadap sumbangan mereka  dalam mempromosikan negara Malaysia di Perancis dan mempereratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama rakyat Malaysia di Perancis. Sesungguhnya kejayaan MAF adalah bergantung kepada penglibatan tuan/puan menyumbangkan idea dan tenaga di dalam persatuan ini. Tuan/puan boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan MAF dengan melawati www.maf@online.fr.  

 

 

Sekian, terima kasih.  

 

 

 

 

 

 

 

Dato?  S. Thanarajasingam

 

Share:
Link copied to clipboard
Back