TYT Dato' Dr. Azfar Mohamad Mustafar, Duta Besar Malaysia ke Perancis diiringi Menteri Penasihat Kedutaan, Encik Abdullah Ma'amor bin Ibrahim dan para Ketua Jabatan di Kedutaan Besar Malaysia di Paris bersama-sama mempromosikan "Jom Zakat Cashless" dan Menang 2.0 anjuran Lembaga Zakat Selangor sebagai galakan untuk membayar zakat secara online.
Kutipan zakat ini akan disalurkan kepada 61,315 asnaf di Selangor.
Jom Zakat Cashless ini diadakan bermula 13 April hingga 12 Mei 2021. Ianya bertujuan untuk menggalakkan pembayaran zakat secara atas talian. Saluran bayaran tanpa tunai 24 jam boleh diakses melalui online banking, saluran e-Zakatpay, online banking, cawangan online, mesin ATM dan e-Wallet.
Jom bayar Zakat Fitrah!



Untuk menyertai peraduan ini, layari:
http://bit.ly/zakatcashless2021
Untuk maklumat dan semakan lanjut, layari: