Mission News

PENDAFTARAN RAKYAT MALAYSIA DI PERANCIS SEBAGAI PENGUNDI / PENGUNDI TIDAK HADIR

09 January 2012 1 views

 Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Malaysia dan pasangan; penjawat awam dan pasangan serta warganegara Malaysia yang bermastautin di Perancis, Monaco dan Portugal boleh mendaftar di Kedutaan Besar Malaysia di Paris sebagai Pengundi / Pengundi Tidak Hadir.

 

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Peraturan  2(f) telah menetapkan bahawa seseorang warganegara yang telah mencapai umur dua puluh satu (21) tahun pada tarikh kelayakan dan layak disisi undang-undang boleh mendaftar sebagai Pengundi / Pengundi Tidak Hadir. 

 

Untuk mendaftar sebagai Pengundi / Pengundi Tidak Hadir, sila datang ke Kedutaan Besar Malaysia di Paris pada hari dan waktu pejabat dibuka - Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.  Sila bawa bersama MyKad anda untuk pendaftaran.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Kedutaan Besar Malaysia di Paris melalui nombor telefon + 33 1 45 53 11 85 atau email kepada malparis@kln.gov.my

 

 

Kedutaan Besar Malaysia

Paris, France

 

5 Januari 2012     

Share:
Link copied to clipboard
Back