Mission News

Program Piknik Santai - 1 Mai 2013

09 May 2013 1 views

Program Piknik Santai anjuran bersama Malaysia Association in France (MAF) dan Perwakilan Paris yang telah diadakan di Jardin d’ Acclimatation pada 1 Mei 2013 berjaya menghimpunkan kira-kira 50 orang rakyat Malaysia yang tinggal di sekitar Paris. Mereka termasuk keluarga pegawai dan kakitangan di KBM Paris, rakyat Malaysia yang menetap di Paris dan juga pelajar Malaysia di Paris. Program ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Duta Besar Malaysia ke Perancis, YBhg. Puan Sri Dato’ Hajah Rositah Md Mawi dan keluarga.

 

Selain aktiviti ramah mesra dan makan secara ‘potluck’, turut diadakan.acara sukaneka bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Acara kemuncak adalah sambutan hari lahir untuk mereka yang menyambutnya pada bulan Januari – April 2013.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back