Antibes
8 Mei 2022
TYT Dato' Mohd Zamruni Khalid, Duta Besar Malaysia ke Perancis telah hadir ke Program Road to Excellence: Sambutan Hari Raya bersama pelajar-pelajar Malaysia di Nice dan Antibes anjuran Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) JPA. Seramai 35 orang pelajar daripada bidang kejuruteraan dan sains sosial telah hadir di program ini. Pelbagai juadah hari raya telah dihidangkan semasa program ini. TYT Duta turut mengambil kesempatan meluangkan masa bersama-sama pelajar, dan mengingatkan peranan mereka sebagai 'duta kecil' Malaysia sepanjang pengajian mereka di Perancis.
______________________________________________________________________
Antibes
8 May 2022
HE Dato' Mohd Zamruni Khalid, Malaysian Ambassador to France attended the Road to Excellence Program: Hari Raya Celebration with Malaysian students in Nice and Antibes organized by the PSD's Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL). A total of 35 students from the fields of engineering and social sciences attended the program. A variety of Hari Raya delicacies were served during the program. HE Dato' Mohd Zamruni also took the opportunity to spend time with the students, and reminded them of their role as Malaysia's 'small ambassadors' throughout their studies in France.



