Mission News

PROGRAM VIRTUAL CAREER FAIR 2022 (VICAF2022)

15 May 2022 1 views

PROGRAM VIRTUAL CAREER FAIR 2022 (VICAF2022)

Virtual Career Fair 2022 (VICAF2022)

14 Mei 2022

 

TYT Dato’ Mohd Zamruni Khalid, Duta Besar Malaysia ke Perancis telah merasmikan program Virtual Career Fair 2022 (VICAF2022) pada 14 Mei 2022 yang telah dianjurkan secara dalam talian sepenuhnya. Program ini merupakan sebuah program persediaan pasca pengajian yang telah dianjurkan secara kolaborasi di antara Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis (Masaf France), Pejabat PPL JPA Paris, MIDA Paris, InvestKL dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

 

Program ini memberi peluang kepada pelajar Malaysia di Perancis untuk bertemu dengan pemain industri dan organisasi yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka. Peluang pekerjaan dapat diteroka lebih awal melalui permohonan yang dikhususkan kepada pelajar-pelajar ini secara drop resume dan sesi interaktif secara terus dalam talian melalui platform Gathertown.

 

Terdapat juga sesi yang berbentuk kepada persediaan dan latihan kepada pelajar tahun akhir dari segi penyediaan CV yang berkualiti, persediaan pelajar (grooming) untuk menghadiri sesi temuduga serta pembangunan profil Linkedln yang dapat memberi impak dan menarik perhatian bakal-bakal majikan apabila mereka bergraduat kelak.

 

Masaf France

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PPL JPA Paris

______________________________________________________________________

 

Virtual Career Fair 2022 (VICAF2022)

14 Mei 2022

 

HE Dato’ Mohd Zamruni Khalid, Malaysian Ambassador to France officiated the Virtual Career Fair 2022 (VICAF2022) program on 14 May 2022 which was organized fully online. This is a post-graduate preparation program that was organized in collaboration between the Association of Malaysian Students in France (Masaf France), PPL JPA Paris Office, MIDA Paris, InvestKL and Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).

 

It provides an opportunity for Malaysian students in France to meet industry players and organizations related to their field of study. Job opportunities were aplenty and students are being given the opportunity to apply either through submission of resumes or engaging in interactive sessions through the Gathertown platform.

 

There are also sessions in the form of preparation and training for final year students in terms of preparing a quality CV, grooming slots as preparation to attend interview sessions as well as the tips and tricks of handling their LinkedIn profiles that can attract prospective employers.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back