Mission News

Rumah Terbuka 1 Malaysia

16 September 2009 1 views

Kepada semua warganegara Malaysia di Perancis.

 
Tuan dan Puan,

 
Bersempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri, sukacita saya memaklumkan bahawa Rumah Terbuka bagi menyambut Hari Raya pada tahun ini akan diadakan pada hari Ahad, 4 Oktober 2009 pada jam 6:30 petang hingga 8:30 malam bertempat di Pavillon Dauphine, Place du Maréchal de Lattre Tassigny, 75116 Paris.

 
2.         Majlis ini yang dinamakan ?Rumah Terbuka 1Malaysia? akan dihoskan oleh YAB Dato? Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. 

 
3.         Tuan dan puan serta seisi keluarga adalah dijemput untuk menghadiri Majlis tersebut.  Bagi tujuan logistik, kerjasama tuan dan puan adalah dipohon untuk mengesahkan kehadiran termasuk memaklumkan jumlah kehadiran kepada Mdm. Beby Ralison di talian 01 45 53 75 72 atau melalui e-mel malparis@kln.gov.my, selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 25 September 2009.

 
4.         Untuk makluman, kad jemputan adalah diperlukan untuk memasuki perkarangan Pavillon Dauphine.  Kad jemputan akan disampaikan kepada tuan/puan setelah menerima pengesahan kehadiran daripada tuan dan puan kelak.  Jumlah kehadiran juga akan turut tertera di kad tersebut.

 
Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 

 
SHARRINA ABDULLAH

Menteri Penasihat / Timbalan Ketua Perwakilan

Kedutaan Besar Malaysia, Paris.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back