Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Paris, Perancis telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2018 di Paris pada 13 Oktober 2018. Pelbagai aktiviti sukan dan riadah telah diadakan, termasuk futsal, latihan asas silat, brisk walking dan juga line dancing.
Sambutan HSN 2018 di Paris telah dirasmikan oleh TYT Dato’ Dr. Azfar Mohamad Mustafar, Duta Besar Malaysia ke Perancis. Seramai 50 orang pegawai dan ahli keluarga KBM serta agensi-agensi seperti Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke UNESCO, Pejabat Pertahanan, Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA, Jabatan Perdana Menteri, Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan Tourism Malaysia telah turut serta di dalam sambutan HSN 2018 tersebut.
Sambutan HSN 2018 di Perancis telah diadakan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektifnya iaitu menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif. Sambutan HSN 2018 telah diikuti dengan jamuan ringan yang disediakan oleh Perwakilan Paris dimana para peserta berpeluang untuk beramah mesra di antara satu sama lain. Oleh yang demikian, penganjuran HSN 2018 turut berjaya memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan pegawai dan kakitangan KBM yang menetap di Perancis.