Mission News

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA DI PERANCIS - 8 OKTOBER 2016

10 October 2016 1 views

Kedutaan Besar Malaysia (KBM) di Paris, Perancis dengan kerjasama Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia di Perancis (MASAF) telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2016 secara serentak di tiga buah bandar di Perancis iaitu Tours, Lyon dan Toulon.  Jumlah penyertaan sambutan HSN 2016 di ketiga-tiga bandar dicatatkan seramai 240 orang.

 

KBM Paris telah menyertai sambutan HSN 2016 di Tours yang merupakan bandar terdekat dengan Paris (240 km daripada Paris).  Kontingen KBM Paris diketuai oleh TYT Duta Besar Dato’ Ibrahim Abdullah dan diiringi oleh 40 orang pegawai dan ahli keluarga KBM serta agensi-agensi Pejabat Pertahanan, PPL JPA, JPM dan Tourism Malaysia. 

 

Pelbagai aktiviti sukan dan riadah termasuk futsal, badminton dan sukaneka telah diadakan sempena HSN 2016 di setiap bandar tersebut. Kontinjen KBM Paris telah memenangi dua pingat perak bagi acara futsal dan beregu lelaki badminton.

 

Mengambil kesempatan penganjuran HSN 2016, pihak MASAF turut mengadakan majlis makan malam di Institut Universiti Teknologi Tours pada 8 Oktober 2016.  Majlis diserikan dengan beberapa persembahan daripada para pelajar dan persembahan dikir barat daripada kontinjen KBM Paris.

 

Penganjuran HSN 2016 di Perancis telah diadakan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektifnya.  Penganjuran HSN 2016 dengan kerjasama MASAF di tiga buah bandar di Perancis turut berjaya memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan pegawai dan kakitangan KBM dan pelajar-pelajar Malaysia yang menetap di Perancis.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back