Mission News

SESI BERGAMBAR PRA-GRADUASI PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI PERANCIS

05 June 2022 1 views

SESI BERGAMBAR PRA-GRADUASI PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI PERANCIS

 

4 Jun 2022

Torcadero, Paris

 

Sesi Bergambar Pra-Graduasi Pelajar Tahun Akhir (batch SPBM4 /SPBM5) PPL JPA Paris menyertai pelajar-pelajar aliran sains sosial yang bakal/telah bergaduasi dari ESPOL (Lille), IESEG (Lille), Grenoble Ecole of Management (Grenoble) dan Sciences Po (Le Havre) yang telah berkumpul di Torcadero, Paris bagi sesi bergambar pra-graduasi.

 

Pelajar-pelajar ini yang telah tiga (3) tahun menimba ilmu di Perancis akan mula pulang ke Malaysia secara berperingkat apabila tamat tempoh pengajian mereka dalam beberapa bulan akan datang.

Ada pelajar yang telah selesai pengajian dan akan pulang mulai Jun 2022, ada yang akan menjalani latihan amali akhir semester sebelum menamatkan pengajian, dan ada juga yang berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Pelajar-pelajar yang hadir terdiri daripada pelajar tajaan JPA dan MARA.

 

Apa-apapun, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar ini. Semoga terus terbang tinggi menggapai impian masing-masing walau di mana sahaja hala tuju mereka selepas ini.

 

#malaysianstudentsinfrance

 

Share:
Link copied to clipboard
Back