Mission News

SIMPOSIUM PERDANA PARIS - 26-28 DISEMBER 2014

04 January 2015 1 views

Satu Simposium Perdana Paris telah diadakan di Hotel Ibis Style Paris Bercy pada 26 Disember 2014 sehingga 28 Disember 2014.   Simposium anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan YaPEIM dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Paris ini bertemakan Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan.  Simposium ini telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.  Turut serta adalah TYT Tan Sri Ismail Omar dan isteri Puan Sri Suriati Mohd Sobri.

 

Seramai 60 orang peserta dari seluruh Eropah telah menyertai simposium ini.  YB Dato’Seri Jamil Khir juga telah menyampaikan sumbangan daripada Baitulmal Wilayah Persekutuan sebanyak RM10,000 kepada dua persatuan pelajar Malaysia di Perancis.   

Share:
Link copied to clipboard
Back