Sempena Hari Raya Aidil Adha, Kedutaan Besar Malaysia di Perancis telah menganjurkan sambutan Hari Raya pada hari Ahad 6 November 2011 bersamaan dengan 10 Zulhijjah tahun 1432 Hijrah. Di pagi Hari Raya yang mulia ini telah di mulai dengan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh T.Y.T. Duta Besar Tan Sri Abdul Aziz Zainal serta disusuli dengan bacaan khutbah yang dibacakan oleh T.Y.T Duta Besar.
Lebih dari 100 warga kedutaan dan rakyat Malaysia di Perancis telah memeriahkan lagi majlis jamuan yang diadakan selepas solat dengan menikmati pelbagai juadah hari raya yang disediakan oleh pihak Kedutaan.