Mission News

SOLAT DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA PADA 4 OKTOBER 2014

10 October 2014 1 views

Sempena Hari Raya Aidil Adha, TYT Tan Sri Ismail Omar, Duta Besar Malaysia di Perancis  telah menganjurkan sambutan  Hari Raya pada hari Sabtu, 4 Oktober 2014 bersamaan dengan 9 Zulhijjah tahun 1435 Hijrah di Rumah Malaysia. Di pagi Hari Raya yang mulia ini telah di mulai dengan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh T.Y.T. Duta Besar Tan Sri Ismail Omar serta disusuli dengan bacaan khutbah yang dibacakan oleh Encik Mohd. Shahir Shaari,  Penasihat (Pendidikan).

 

Lebih dari 100 warga kedutaan, sebahagian pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Perancis telah memeriahkan lagi majlis jamuan yang diadakan secara sederhana selepas solat dengan menikmati pelbagai juadah hari raya yang disediakan oleh pihak Kedutaan.  

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back