SOLAT DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1436H DI RUMAH MALAYSIA - 17 JULAI 2015
Sempena Hari Raya Aidilfitri, Kedutaan Besar Malaysia di Perancis telah menganjurkan solat dan sambutan Hari Raya di kediaman rasmi T.Y.T. Duta Besar Tan Sri Ismail Omar pada pada hari Jumaat, 17 Julai bersamaan 1 Syawal 1436 Hijrah.
Lebih dari 100 warga kedutaan dan rakyat Malaysia di Perancis telah memeriahkanmajlis jamuan yang diadakan selepas solat dengan menikmati pelbagai juadah hari raya yang disediakan oleh pihak Kedutaan.