Majlis solat dan jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini telah diadakan di kediaman rasmi T.Y.T. Duta Besar Tan Sri Ismail Omar pada pada hari Jumaat, 17 Julai bersamaan 1 Syawal 1436 Hijrah.
Lebih dari 100 warga kedutaan dan rakyat Malaysia di Perancis telah memeriahkan majlis jamuan yang diadakan selepas solat sunat raya dengan menikmati pelbagai juadah hari raya yang disediakan oleh PERWAKILAN.