Duta Besar Dato’ Mohd Zamruni Khalid telah merasmikan majlis Sukan MASAF 2022 dan Festival Seni Malaysia 2022: Malam Malaysia pada 26 Mac 2022 di Toulouse. Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis (MASAF) dengan kerjasama Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL), JPA.
Ia melibatkan lebih 130 pelajar Malaysia yang kini menuntut dalam pelbagai bidang dari pelbagai wilayah dan bandar di Perancis. Acara sukan seperti badminton, bola keranjang, bola sepak, bola baling dan bola tampar telah diadakan bersama-sama aktiviti kebudayaan seperti "mencanting batik", melukis inai, serta beberapa permainan dan persembahan tradisional.
Acara seperti ini akan membantu dalam mempuk gaya hidup sihat, menyemai semangat Keluarga Malaysia dan membina hubungan yang erat di kalangan pelajar Malaysia di Perancis. Ianya juga mampu untuk mengetengahkan kebudayaan Malaysia di kalangan warga tempatan.
- MASAF GAMES 2022 & FESTIVAL SENI MALAYSIA 2022: MALAYSIA NIGHT
Ambassador Dato’ Mohd Zamruni Khalid officiated the opening ceremony of MASAF Games 2022 and Festival Seni Malaysia 2022: Malaysian Night on 26th March 2022 in Toulouse. These events were organized by Malaysian Student’s Association in France (MASAF) in collaboration with Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL), JPA.
It involves more than 130 Malaysian students currently studying in various fields from different regions and cities in France. Sporting events such as badminton, basketball, football, handball, and volleyball were held, together with cultural activities such as "mencanting batik", henna painting, traditional games and performances.
Events such as these will help to develop a healthy lifestyle, inculcate the spirit of Keluarga Malaysia and develop close rapport among Malaysian students in France.
Source: Masaf France






