Mission News

HARI SUKAN NEGARA 2017 MALAWAKIL HOLY SEE

08 November 2017 1 views

 

 

Kedutaan Besar Malaysia ke Holy See telah meraikan Hari Sukan Negara 2017 peringkat Malawakil Holy See pada 14 Oktober 2017 di Rome, Itali.  Ini merupakan kali kedua Kedutaan Besar Malaysia ke Holy See menganjurkan Hari Sukan Negara peringkat Perwakilan sejak penubuhannya pada 21 Mac 2016.  Aktiviti sukan yang telah dipilih pada tahun ini ialah pertandingan Dart.

 

Seramai 35 orang peserta telah menyertai Hari Sukan Negara peringkat Malawakil Holy See merangkumi pegawai-pegawai dan ahli-ahli keluarga Home Based Staff (HBS) dan Kakitangan Ambilan Tempatan Kedutaan Besar Malaysia ke Holy See; paderi-paderi dan biara-biara dari Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti-universiti di Rome dan Vatican City; diaspora Malaysia yang berkhidmat dengan organisasi yang diiktiraf oleh Vatican City; dan warga tempatan dan asing yang terdiri daripada paderi, biara dan seminarian yang sedang menuntut di Rome, Itali.

 

Peserta-peserta Hari Sukan Malaysia 2017 yang hadir telah memberikan maklum balas yang positif terhadap pelaksanaan aktiviti sukan tersebut.  Aktiviti-aktiviti sedemikian dilihat dapat meningkatkan imej dan profil Malaysia serta merapatkan lagi jalinan silaturahim di kalangan rakyat Malaysia di Vatican City dan Rome.

 

Penglibatan penduduk tempatan dalam aktiviti tersebut turut menyumbang ke arah mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara moden dan progresif yang mengamalkan kesederhanaan melalui inisiatif Global Movement of Moderates (GMM).

Share:
Link copied to clipboard
Back