Mission News

DAFTAR PEMILIH UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG MENETAP DI LUAR NEGERI

11 November 2010 2 views

Announcements

 

DAFTAR PEMILIH UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG MENETAP DI LUAR NEGERI

 

1.         Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telahpun mengeluarkan arahan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk yang bermastautin di luar negara untuk menyemak daftar pemilih masing-masing.

 

2.   Semua rakyat Malaysia yang layak mengundi dikehendaki menyemak daftar pemilih melalui laman web SPR di alamat http:www.spr.gov.my

 

3.                 SPR juga telahpun mengarahkan semua Perwakilan Malaysia di luar negeri temasuk Konsulat Jeneral Malaysia Chennai untuk membantu proses Pendaftaran Pemilih @ Tukar Status Pemilih (Luar Negeri). Proses Pendaftaran Pemilih ini adalah terbuka pada setiap masa dan berjalan secara berterusan.

 

4.            Satu panduan mengenai cara mengisi borang Pendaftaran Pemilih telah dimuat turun di dalam laman web Konsulat Jeneral Malaysia Chennai di http://www.kln.gov.my/web/ind_chennai/home 

 

5.                 Konsulat Jeneral memohon kepada semua rakyat Malaysia yang belajar, bekerja,menetap atau bermastautin di Selatan India supaya mengambil tindakan yang perlu sebagai seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, dengan mendaftar di dalam Pendaftaran Pemilih.

 

6.                 Warganegara Malaysia yang belum mendaftar nama mereka dengan Konsulat Jeneral Malaysia Chennai bolehlah berbuat demikian dengan seberapa segera.

 

7.                 Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Pendaftaran Pemilih bolehlah diajukan kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai seperti berikut:

 

Alamat           :           Konsulat Jeneral Malaysia Chennai

                                 No. 7, Cenotaph Road

                                 First Street, Teynampet

                                 Chennai – 600 018

 

Main line            :           0091 44 2433 4434 / 35 / 36

Fax                 :           0091 44 2433 4437

Email              :           malmadras@kln.gov.my

 

Pegawai yang boleh dihubungi  :          

 

i)          En. Kunaseelan Nadarajah

            Mobile: 99403 18741

 

ii)         En. Nazrul Izwan Ismail

            Mobile: 95516 78889

 

iii)        Pn. Zarina Mohamad Ali

            Mobile: 95000 85521

 

 

Nota: Sila klik ke 'Document' untuk melihat pautan DAFTAR PEMILIH UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG MENETAP DI LUAR NEGERI.
Share:
Link copied to clipboard
Back