Satu seminar Doing Business with Malaysia telah dianjurkan oleh pejabat ini dengan anjuran bersama The Madras Chamber of Commerce & Industry pada 8 Disember 2022 bertempat di The Park Hotel, Chennai. Seminar ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan ahli Dewan Perniagaan di Chennai mengenai Malaysia sebagai destinasi perniagaan dan pelaburan yang menarik YBrs. Konsul General Encik K. Saravana Kumar telah memberi ucaptama semasa majlis ini.
Pengerusi MCCI En. J. Krishnan sangat mengalu-alukan kerjasama perniagaan ini dan berharap agar seminar ini dapat membuka ruang untuk ahli perniagaan dari Selatan India terutamanya Chennai dapat meneruskan perhubungan perniagaan dan pelaburan di Malaysia. Seminar ini telah memberi peluang kepada ahli perniagaan dari Chennai untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pegawai-pegawai Konsulat samada dalam bidang perniagaan, pelancongan, dasar pengambilan sumber manusia, imigresen dan pendidikan. Seminar ini berlangsung dari 11 pagi sehingga 1 petang dan diteruskan dengan sesi free and easy sehingga 2.30 petang.


