Konsulat Jeneral Malaysia, Chennai bersama-sama dengan PERWAKILAN Chennai telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di Welcomhotel ITC, Kences, Palm Beach, Mahabalipuram pada 28-30 Januari 2022. Sekalung tahniah diucapkan kepada PERWAKILAN Chennai di atas segala aturcara persiapan sebelum dan sesudah selesainya acara. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di antaranya Malam Bollywood dan Sukaneka.

















