Bersempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN 2022) pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai telah mengadakan sambutan HSN2022 di peringkat Konsulat. Sambutan tersebut telah diadakan pada hari Sabtu 8 Oktober 2022 pukul 10:00 pagi bertempat di Whistle, Urban Sports Hub, Chennai.
Penyertaan bagi Sambutan HSN2022 di hadiri oleh semua pegawai termasuk ahli keluarga serta kakitangan yang bertugas di Konsulat. Aktiviti Sambutan HSN2022 di adakan dengan acara bermain badminton untuk dewasa dan kanak-kanak. Sambutan HSN2022 di peringkat Konsulat telah berjalan dengan lancar serta meriah dan berakhir pada pukul 12:30 tengah hari.
