Mission News

PEMANSUHAN KEPERLUAN MENGISI PAS PENGEMBARA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA MEMASUKI NEGARA

08 July 2022 1 views

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Pemansuhan Keperluan Mengisi Pas Pengembara Untuk Warganegara Malaysia memasuki negara

Berkuat-kuasa Isnin, 4 Julai 2022, warganegara Malaysia yang akan pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri (feature) Pas Pengembara (Traveller’s Pass) dalam aplikasi MySejahtera mereka.

Kelonggaran ini bagi memudahkan para warganegara kita kembali ke Malaysia, di samping keadaan sistem kesihatan kita kini berada pada tahap yang baik dan memuaskan.

Pemansuhan ini akan dibuat secara berperingkat untuk turut memberi kelonggaran kepada kumpulan-kumpulan lain seperti pemegang-pemegang pas sosial, pas pelajar serta penduduk tetap pada masa depan yang akan diumumkan kelak. Buat permulaan, pemansuhan ini hanya terpakai kepada warganegara sahaja.

Ingin dijelaskan bahawa ciri-ciri Pas Pengembara tersebut masih dipaparkan di aplikasi MySejahtera dan ia perlu dilengkapkan oleh para pengembara bukan warganegara Malaysia sebelum memasuki negara ini.

Selain pemantauan kes-kes COVID-19 di kalangan pengembara luar, ciri-ciri tersebut perlu dilengkapkan oleh mereka supaya Kementerian Kesihatan Malaysia berupaya membuat pemantauan rapi ke atas penyakit berjangkit lain dari luar negara seperti cacar monyet.

 

 

KHAIRY JAMALUDDIN

Menteri Kesihatan Malaysia

1 Julai 2022

Share:
Link copied to clipboard
Back