13 Mei 2022
Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai telah menerima kunjangan hormat daripada Global Peace Mission Movement (GPMM) pada 13 Mei 2022 sempena lawatan kerja yang dijalankan di Selatan India. Tujuan lawatan kerja yang dilakukan oleh GPMM di Selatan India adalah untuk menyebarkan Keamanan, Keharmonian, Kasih Sayang, Ketenangan dan Perpaduan kepada semua masyarakat. Di samping itu, pihak Konsulat juga akan sedia bekerjasama dengan pihak GPMM bagi menjayakan program tersebut.
