| Pada Khamis, 28 Januari 2016, Encik Ahmad Fajarazam Abdul Jalil, Konsul Jeneral Malaysia Chennai telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Hj. Ariss bin Samsudin selaku Ahli Majlis Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera bagi Majlis Amanah Rakyat MARA. Turut sama bersama beliau adalah Puan Zuliana Haslinda Anhar Zubir, Pengarah MARA bagi cawangan MARA Indonesia. Kunjungan tersebut adalah bagi melawat kira-kira 80 pelajar tajaan MARA di sekitar Chennai. Perbincangan telah diadakan berkaitan kebajikan pelajar MARA dan pelajar Malaysia lain, dan perancangan masa hadapan bagi penghantaran pelajar MARA di dalam bidang perubatan di universiti-universiti di India, khasnya di Tamil Nadu dan Karnataka.
Makan malam bersama pelajar-pelajar tajaan MARA bertempat di Restaurant Pelita
|