Pada 30 Jun 2016, Konsulat Jeneral Malaysia dengan kerjasama PERWAKILAN Chennai telah menjayakan program Majlis Berbuka Puasa Bersama Dengan Anak-anak Yatim di Masjid Anjuman-E-Himayath-E-Islam Chennai. Program ini telah dihadiri oleh semua pegawai-pegawai Konsulat Jeneral Malaysia Chennai serta ahli keluarga, diketuai oleh Encik Ahmad Fajarazam bin Abdul Jalil, Konsul Jeneral Malaysia dan Lt. Kol. (B) Siti Noor Mawar binti Abdul Rahman, Presiden PERWAKILAN Chennai. Jumlah keseluruhan anak-anak yatim dan miskin yang menetap di kampus masjid ini adalah seramai 800 orang. Program ini berjaya di dalam objektifnya bagi pihak Konsulat Jeneral Malaysia Chennai melakukan aktiviti social responsibility kepada komuniti tempatan selain beramah mesra dengan pemimpin komuniti Islam tempatan, ahli qariah masjid dan anak-anak yatim dan miskin di Anjuman-E-Himayath-E-Islam Chennai. Pihak Konsulat Jeneral Malaysia Chennai sempat menyampaikan cenderahati kepada Encik G.S.K. Masud, Setiausaha Anjuman-E-Himayath-E-Islam Chennai, manakala PERWAKILAN Chennai telah memberi sumbangan “sponsorship” bagi program latihan vokasional kepada wanita tempatan anjuran Anjuman-E-Himayath-E-Islam Chennai.
Mission News
Majlis Berbuka Puasa Bersama Dengan Anak-Anak Yatim di Masjid Anjuman-E-Himayath-E-Islam Chennai
30 June 2016
1 views