Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PERWAKILAN Chennai 2018/2019 telah diadakan pada Jumaat, 9 Februari 2018 dan telah dipengerusikan oleh Puan Anetha Butpanathan. Mesyuarat tersebut telah diadakan di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia, Chennai. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa serta mandat daripada Encik Saravanan Karathihayan selaku Penasihat PPERWAKILAN Chennai. Penyampaian sijil kepada ahli PERWAKILAN Chennai turut diadakan.