PENGUMUMAN UNTUK SEMAKAN STATUS PENGUNDI
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Kepada semua rakyat Malaysia yang berada di Tamil Nadu, Puducherry, Kerala, Karnataka dan Andhra Pradesh, saya mewakili Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai, Tamil Nadu ingin menyarankan agar semua rakyat Malaysia yang berada di kawasan-kawasan tersebut yang telah mendaftar sebagai pengundi pos dan sebagai pengundi tidak hadir melalui Borang A dan Borang 1B untuk menyemak di laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR): www.spr.gov.my mengenai status pendaftaran mereka.
2. Anda boleh menyemak status anda seperti berikut:-
i. Kliki ke laman web SPR (www.spr.gov.my) dan kemudian anda akan melihat buat masa kini 7 klik butang berwarna biru di sebelah kanan laman web tersebut (perkhidmatan atas talian);
ii. Anda perlu klik butang-butang semakan Daftar Pemilih; semakan Status Permohonan Pengundi Biasa di luar Negara; dan Penentuan Pejabat Perwakilan bagi Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara;
iii. Langkah pertama anda adalah klik butang Semakan Daftar Pemilih. Setelah diklikan anda akan dipinta untuk masukkan nombor kad pengenalan anda dan sekiranya anda telah Berjaya didaftarkan oleh SPR maka maklumat terkini mengenai ‘Daftar Pemilih Yang Telah Disahkan’ akan keluar mengandungi butiran seperti daerah mengundi dan lokaliti pengundian. Dalam kes anda lokaliti hendaklah disebutkan sebagai Pemilih Tidak Hadir;
iv. Langkah kedua ialah untuk mengklikan butang semakan status permohonan pengundi biasa dan sekiranya dimaklumkan mengenai tempat di mana undi pos akan dihantar, maka pendaftaran anda telah berjaya. Akan tetapi sekiranya tidak ada maklumat mengenai pejabat perwakilan bagi PTH, maka anda akan dinasihatkan sedemikian dan sila klik butang Penentuan Pejabat Perwakilan bagi PTH; dan
v. Langkah ketiga setelah anda klik butang semakan Penentuan Pejabat Perwakilan bagi PTH, anda akan dipinta mengisi maklumat tambahan seperti no telefon, e-mel, alamat terkini. Terakhir anda dipinta untuk nyatakan di pejabat perwakilan luar negara di mana undi pos bagi diri anda hendak dihantar. Sekiranya anda ingin memilih Chennai maka sila pilih Konsulat Jeneral Malaysia, Chennai, Tamil Nadu. Sila klik butang simpan dan semak semula status permohonan Pengundi Biasa di luar Negara, dan anda akan mendapati bahawa status anda telah dikemaskini.
3. Anda juga boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut yang boleh membantu dengan penerangan lebih lanjut berkaitan pendaftaran anda untuk mengundi sebagai pengundi pos dan sebagai pengundi tidak hadir melalui Borang A dan Borang 1B :
· En. KUNASEELAN A/L NADARAJAN
· Pn. ANNIE SABRINA LASUMIN
· Pn. ZARINA MOHAMAD ALI
4. Bagi mereka yang belum mendaftar dan ingin berbuat demikian anda boleh mendaftar di laman web SPR dan mendapatkan borang berkaitan di laman tersebut.
Terima kasih dan Sekian Salam Hormat,
Chitra Devi Ramiah
Konsul Jeneral Malaysia
Chennai, Tamil Nadu.