Mission News

Program Rewang Bubur Lambuk

28 February 2026 1 views

28 Februari 2026 : -Perwakilan Chennai telah menganjurkan Program Rewang Bubur Lambuk dengan sokongan Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai pada Jumaat, 27 Februari 2026.

Konsul Jeneral dan Puan Pengerusi bersama HBs serta Ahli Perwakilan turut berganding bahu dalam penyediaan Bubur Lambuk, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan gotong-royong sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Bubur Lambuk ini merupakan hidangan tradisional Malaysia berupa bubur nasi berempah yang dimasak bersama daging (ayam), herba dan rempah ratus, lazimnya disediakan dan diedarkan sempena bulan Ramadan untuk berbuka puasa. Secara simboliknya, Bubur Lambuk melambangkan perpaduan, keikhlasan berkongsi rezeki serta semangat kebersamaan kerana ia disediakan secara rewang dan diagihkan kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Konsul Jeneral turut menyampaikan set berbuka puasa kepada orang awam, HBs dan Ahli Perwakilan yang mengandungi Bubur Lambuk, Air Balang, pisang, kurma dan samosa ayam.
Semoga program seumpama ini dapat terus mengeratkan hubungan antara komuniti Malaysia dan masyarakat setempat, di samping menyemai nilai perpaduan, keprihatinan serta semangat Ramadan yang sebenar.
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back