Mission News

Rakyat Malaysia di Tamil Nadu Diminta Berwaspada, Utusan Online

15 September 2016 1 views

 

KUALA LUMPUR 16 Sept.– Rakyat Malaysia di Tamil Nadu dinasihatkan supaya berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan berikutan mogok besar-besaran sehari di selatan negara itu, hari ini.

 

Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, Ahmad Fajarazam Abdul Jalil meminta semua rakyat Malaysia supaya bertenang dan sentiasa berada di kawasan yang selamat seperti asrama pelajar dan kampus universiti serta hotel.

"Walaupun secara rasminya pejabat Konsulat bercuti hari ini sempena Hari Malaysia namun masih ada pegawai operasi yang bertugas termasuk saya bagi memantau keadaan sepanjang hari,” katanya kepada Bernama.

 

Media antarabangsa hari ini melaporkan pelbagai persatuan petani dan organisasi perdagangan te­lah menggesa penutupan semua premis perniagaan bagi membantah pertikaian penyaluran bekalan air Sungai Cauvery antara Tamil Naidu dan Karnataka.

Rusuhan tercetus selepas Mahkamah Agung India pada 12 September lepas memerintahkan pelepasan air ke Tamil Nadu ketika Karnataka sedang menghadapi kekurangan air yang te­ruk dalam empangan dan sungai-sungai di wilayah itu.

 

Ahmad Fajarazam berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan maklumat boleh menghubung Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai menerusi talian +91 44 2433 4434 atau melalui telefon bimbit +919940337339 atau +919791114261. – BERNAMA

Share:
Link copied to clipboard
Back