Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1438H pada 12 Disember 2016 bertempat di Surau Canseri. Majlis yang dianjurkan atas inisiatif HBS Suruhanjaya Tinggi ini diisi dengan program seperti tahlil, ceramah agama, persembahan nasyid dan deklamasi sajak oleh anak-anak HBS Suruhanjaya Tinggi, serta selawat secara beramai-ramai. Majlis diakhiri dengan solat Maghrib secara berjemaah.