Kedutaan Besar Malaysia di Tehran telah mengadakan bengkel kerja mengenai undang-undang buruh Iran pada 8 Disember 2013. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Iran bertujuan untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai undang-undang Buruh tempatan. Seorang konsultan professional yang mahir dalam bidang undang-undang buruh Iran telah memberi ceramah dalam bengkel berkenaan.
Para pegawai Kedutaan telah diberi pendedahan dengan isu-isu pengambilan kakitangan ambilan tempatan (KAT), penamatan perkhidmatan, bayaran “social security”, bonus tahunan, cuti serta hak-hak pekerja di sini. Para pegawai turut diberi panduan umum dalam menyediakan draf kontrak kakitangan. Bengkel ini memberi faedah kepada pegawai-pegawai di Kedutaan dalam menguruskan isu berkaitan sumber manusia pada masa hadapan.
Kedutaan Besar Malaysia
Tehran
8 Disember 2013