Adalah dimaklumkan bahawa tarikh mengundi pos bagi warganegara Malaysia di Tehran, Iran dan kawasan berdekatan adalah seperti berikut:
Tarikh: Ahad, 28 April 2013
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Kedutaan Besar Malaysia
No. 6 Changizi Alley, Alef St.,
Mahmoudieh, Tehran
Telefon: +9821 22046873 / 26219055
Bagi warganegara Malaysia yang telah menghantar permohonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) atau Pengundi Pos, anda boleh memeriksa status permohonan di laman web SPR www.spr.gov.my bermula pada 19 April 2013. Anda dikehendaki membawa bersama kad pengenalan asli atau paspot bagi tujuan pengenalan diri pada hari mengundi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pengumuman media SPR di capaian
http://www.spr.gov.my/webspr/PDF/Kenyataan_Media_Undi_Pos_Luar_Negara.pdf
Kedutaan Besar Malaysia,
Tehran