Kedutaan Besar Malaysia di Tehran telah mengadakan Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin pada 29 November, 2010 jam 5 petang di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Iran, TYT Mohamad Sadik Kethergany. Seramai lebih kurang 50 orang tetamu yang terdiri dari Duta Besar Brunei, Indonesia, Sri Lanka, Bosnia Herzegovina dan juga pegawai-pegawai serta kakitangan di Kedutaan tersebut. Turut hadir ialah rakyat Malaysia yang menetap di Tehran.
Majlis dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah diikuti dengan bacaan Yasin dan Tahlil serta bacaan doa selamat. Setelah selesai solat Isya’, hadirin menjamu selera dengan pelbagai juadah makanan Malaysia seperti Asam Pedas Ikan, Ayam Goreng Rempah, Daging Masak Kicap, Ulam-ulaman serta Sambal Belacan. Perbagai kuih-kuih tradisional sebagai pencuci mulut seperti Talam Samolina, Kuih Cara, Kuih Lapis, agar-agar dan lain-lain lagi turut dihidangkan. Penyediaan makanan ini adalah hasil sumbangan serta kerjasama ahli-ahli Perwakilan Tehran. TYT Duta berharap agar majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim serta ukhuwah islamiyah di kalangan warga Malaysia di Tehran serta hubungan baik dengan kedutaan-kedutaan asing yang lain.
Kedutaan Besar Malaysia
Tehran, Iran
7 Disember 2010