Mission News

Program Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia

24 July 2014 1 views

 

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA

 

Pada 18 Julai 2014 Malawakil Tehran telah mengadakan “Program Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia” di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia.  Program tersebut di adakan dengan jemputan seramai 25 orang rakyat Malaysia yang berada di Iran.  Antara rakyat Malaysia yang hadir adalah pelajar dan juga ekspatriat yang berkhidmat di sini.  Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa dan solat Maghrib secara berjemaah.  Selepas itu, majlis disambung dengan bacaan tahlil bagi memperingati penumpang MH17 yang telah meninggal dunia akibat tragedy terhempasnya pesawat MH17 di Ukraine pada 17 Julai 2014.  Selepas bacaan tahlil, majlis diteruskan dengan solat Isyak dan tarawikh secara berjemaah.  Program tersebut telah dipimpin oleh Dr. Muhamad Razak Idris.

 

Akhir sekali, acara makanan ringan atau “moreh” diadakan selepas solat terawikh.  Di dalam kata-kata aluan beliau, TYT Ambassador Raja Nushirwan Zainal Abidin telah menekankan bahawa program tersebut bertujuan merapatkan silaturahim di antara rakyat Malaysia di keseluruhan Iran, dan bukannya di Tehran sahaja. Majlis tersebut telah berakhir lebihkurang pada pukul 12.00 malam dengan jayanya.

 

 

Kedutaan Malaysia,

Tehran

21 Julai 2014

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back