Pada 18 Julai 2014 Malawakil Tehran telah mengadakan “Program Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia” di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia. Program tersebut diadakan dengan jemputan seramai 25 orang rakyat Malaysia yang berada di Iran. Antara rakyat Malaysia yang hadir adalah pelajar dan juga ekspatriat yang berkhidmat di sini. Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa dan solat Maghrib secara berjemaah. Selepas itu, majlis disambung dengan bacaan tahlil bagi memperingati penumpang MH17 yang telah meninggal dunia akibat tragedi terhempasnya pesawat MH17 di Ukraine pada 17 Julai 2014. Selepas bacaan tahlil, majlis diteruskan dengan solat Isyak dan tarawikh secara berjemaah. Program tersebut telah dipimpin oleh Dr. Muhamad Razak Idris.