Mission News
Sekalung Tahniah daripada Perdana Menteri Malaysia kepada calon Presiden Iran yang Baharu, Dr. Masoud Pezeshkian
06 July 2024
1 views
Perdana Menteri Malaysia telah menghulurkan ucapan tahniah kepada calon Presiden Iran yang baharu, Dr. Masoud Pezeshkian di atas kemenangan beliau dalam Pilihanraya yang diadakan awal bulan Julai ini. Pilihanraya diadakan bagi memilih Presiden Iran yang baharu, menggantikan Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter pada pertengahan Mei yang lalu, sekaligus insiden terbabit turut meragut nyawa Menteri Luar Iran, TYT Hossein Amirabdollahian. Perdana Menteri Malaysia turut menegaskan bahawa hubungan dua hala antara Iran dan Malaysia akan sentiasa diperkukuhkan.