Others

PENDAFTARAN WARGANEGARA MALAYSIA DI LUAR NEGARA

30 June 2026 1 views

Dengan hormatnya dimaklumkan Warganegara Malaysia yang menetap atau tinggal di luar negara samada belajar, bekerja atau mengikuti keluarga hendaklah mendaftar dengan Pejabat Perwakilan Malaysia yang berhampiran.

 

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kesulitan untuk mendapat pertolongan atau perlindungan semasa berlaku kecemasan, kemalangan dan bencana alam.

 

Kegagalan dalam menunaikan tanggungjawab untuk mendaftar dengan Pejabat Perwakilan Malaysia dalam tempoh terus menerus sehingga lima tahun boleh menyebabkan perlucutan taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 25(2) Perlembagaan Malaysia.

 

Tanggungjawab bagi setiap Warganegara Malaysia yang berada di luar negara ini ada dimaklumkan di bilangan 6 di kenyataan perhatian di muka surat belakang Pasport Malaysia setiap individu.

 

1.         Untuk pendaftaran secara langsung sila lengkapkan Borang Pendaftaran Warganegara Malaysia yang boleh diperolehi daripada Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan apabila berada Jordan atau Iraq.  Borang pendaftaran juga boleh dimuat turun (download).

 

2.         Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Kedutaan Besar Malaysia di     Amman, Jordan melalui pos atau emel (discan) untuk tujuan Kedutaan memproses pendaftaran bagi setiap individu.  

 

      3.         Pendaftaran ini adalah PERCUMA.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back