Others

PROSEDUR KEHILANGAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)

30 June 2026 1 views

PROSEDUR KEHILANGAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)

Bagi tujuan menggantikan Pasport Malaysia yang telah hilang, sila kemukakan dokumen-dokumen berikut:

1.                  Salinan laporan kehilangan pasport yang telah diperolehi daripada Balai Polis tempatan di kawasan pasport tersebut hilang dan terjemahannya;

2.                  Mengisi Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport Malaysia Im. 42c             mengenai kehilangan passport - boleh diperolehi di Kedutaan;

3.                  Mengisi dan menandatangani Surat Akuan (Akta AkuanBerkanun 1960)  boleh diperolehi di Kedutaan;

4.         Salinan Pasport Malaysia (hilang) sekira ada;

5.         Salinan muka surat Pasport Malaysia (hilang) yang mengandungi maklumat visa/permit tinggal atau makluman pendaftaran tempat tinggal sekiranya ada;

 

6.         Borang Permohonan Pasport Malaysia IM 42 Pin 1/97

            - boleh diperolehi di Kedutaan atau dimuat turun dari laman

            - web Jabatan Imigresen, http://www.imi.gov.my/images/Forms/pasport/im42.pdf - (sila cetak kedua-dua mukasurat pada satu helaian);

 

7.         Dua keping gambar berlatarbelakang putih berukuran 3.5 cm x 5.0 cm

            (memandang tepat ke kamera tanpa membuka mulut/melihatkan gigi);

 

8.         Salinan Kad Pengenalan Malaysia/MyKad/MyKid;

 

9.         Salinan Iqamah/Kad Pengenalan Jordan; dan

 

10.       Salinan Surat Pengesahan/Kad Pelajar dari Universiti (untuk pelajar) atau majikan (untuk yang bekerja atau pasangan)

 

Bagi semua dokumen yang diperlukan salinan, sila bawa yang asal untuk pengesahan di Kedutaan

 

Bayaran permohonan pasport baru adalah       JOD 40.00 (12 tahun - 59 tahun)

                                                                        JOD 20.00 (kanak-kanak di bawah 12 tahun)

                                                                        JOD 20.00 (pelajar di luar negara yang di bawah 21 tahun)                                                                JOD 20.00 (60 tahun ke atas)                         

 

Permohonan akan dihantar ke Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya untuk diproses dan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk mendapatkan pasport baru daripada Kedutaan.

Setiap permohonan yang dibuat melalui Kedutaan, hanya pemohon sahaja dibenarkan untuk mengambil pasport yang baru di Kedutaan.

Pasport lama perlu diserahkan ke Kedutaan untuk mengambil pasport baru

Untuk pertanyaan selain daripada di atas bagi urusan permohonan pasport, boleh terus menghubungi Kedutaan di talian 5902400/01/02/03; Ms. Mona, Bahagian Konsular .

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back