Mission News

KUNJUNGAN OLEH ANGKASA PADA HARI ISNIN, 30 APRIL 2018

07 May 2018 1 views

 

 

Pada petang Isnin, 30 April 2018 Kedutaan telah menerima kunjungan oleh pegawai-pegawai kanan ANGKASA yang diketuai oleh Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan, Naib Presiden ANGKASA. bersama pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia serta wakil-wakil kolej vokasional yang membuat lawatan ke Cambodia dari 29 April hingga 1 Mei 2018. Mereka berkesempatan melawat Kedutaan dan dibawa melihat kawasan persekitaran Kedutaan sambil mendengar taklimat oleh pegawai Kedutaan, Encik Ruzaimi Mohamad.

 

Selain mengunjungi Kedutaan, mereka turut pergi ke sebuah kampung di Koh Thom, lebih kurang 50 km di selatan Phnom Penh untuk meninjau projek pembinaan sebuah masjid. Mereka juga menyampaikan sumbangan tudung kepala kepada kanak-kanak perempuan Islam yang tidak berkemampuan serta sumbangan kepada komuniti nelayan di tebing sungai Mekong/Tonle Sap.

 

Semoga usaha mereka diberkati dan dapat membantu merapatkan hubungan antara rakyat Malaysia dan pihak-pihak yang berkenaan serta golongan miskin yang memerlukan bantuan di Cambodia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back