Mission News

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018 DI KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, PHNOM PENH

30 August 2018 1 views

Sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Cambodia telah dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia, Phnom Penh pada pagi Jumaat, 31 Ogos, jam 8.15 pagi bertempat di hadapan bangunan Canseri. Acara tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku sambil menaikkan Jalur Gemilang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 250 orang tetamu yang kebanyakannya warga Malaysia yang bekerja atau tinggal di Cambodia.

 

Selain itu terdapat juga kumpulan pelajar-pelajar universiti di Malaysia yang kebetulan berada di Kemboja untuk melaksanakan program kesukarelawanan dan bantuan kemanusiaan di berbagai wilayah di Kemboja. Pelajar-pelajar tersebut yang bilangannya lebih kurang 100 orang adalah dari empat universiti yang berbeza iaitu USM Kubang Kerian, UIA Gombak, USIM dan UiTM Jasin.

 

Setelah nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa oleh Encik Mohd Rizam Razman, Setiausaha Pertama, Encik Ruzaimi Mohamad, Kuasa Usaha Sementara menyampaikan ucapan yang memberi fokus kepada kepentingan perpaduan dan kecintaan kepada negara. Beliau juga menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Cambodia terutamanya kepada yang menyumbangkan peruntukan, kek, jambangan bunga, makanan dan minuman serta peralatan yang digunakan dalam majlis yang dianjurkan. Majlis yang berlangsung selama dua jam tersebut diakhiri dengan jamuan serta sesi bergambar di Dewan Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back