Bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-68, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menganjurkan sambutan Ambang Merdeka 2025 pada 30 Ogos 2025.
Acara ini diserikan dengan kehadiran warga diaspora Malaysia, para pelajar Malaysia di Republik Korea, serta pelajar-pelajar Korea daripada Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) yang turut bersama-sama menghayati detik menjelang sambutan Kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik.
Sambutan ini bukan sahaja mengukuhkan semangat cinta akan tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia di perantauan, malah turut menjadi platform untuk memperkenalkan budaya Malaysia dan erti kemerdekaan kepada masyarakat tempatan di Republik Korea.
Full Video : https://www.instagram.com/p/DOContzE2JZ/