Mission News

HEBAHAN BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN KE-16

17 June 2026 1 views

 

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan undi pos bagi semua kategori, termasuk Kategori 1B (Luar Negara) bagi pelaksanaan PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16 telah mula dibuka pada 12 Jun 2026 (Jumaat) dan akan ditutup pada 10 Julai 2026 (Jumaat).

Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

- Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya Negeri Sembilan; dan

-Tinggal di luar negara.

Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my.

Maklumat lanjut berhubung permohonan undi pos juga boleh dicapai di laman web rasmi https://spr.gov.my/permohonan-undi-pos-bagi-pilihan-raya-umum-pru-dewan-negerinegeri-sembilan-ke-16/

 

Share:
Link copied to clipboard
Back