Bersempena dengan tahun baharu yang menyinsing tidak lama dahulu, PERWAKILAN Seoul telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis bacaan Yaasin di Rumah Malaysia pada 5 Januari 2024 di mana majlis tersebut telah turut dihadiri oleh wakil pelajar dan mantan kakitangan di Kedutaan Besar Malaysia, Seoul. Ia merupakan satu kesempatan terbaik untuk ahli-ahli PERWAKILAN Seoul berkumpul bersama-sama dan seterusnya merapatkan ukhuwah di dalam suatu majlis yang penuh keberkatan. Majlis serampang dua mata tersebut juga diadakan sebagai penzahiran rasa simpati mendalam PERWAKILAN Seoul sempena pulangnya ke rahmatullah seorang warga Malaysia yang berada di Seoul pada awal tahun ini.



