Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah berbesar hati menerima delegasi Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) yang diketuai oleh YB Dato Sri Hj Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak sempena lawatan kerja ke Republik Korea dari 10-14 Jun 2024. Satu sesi ramah mesra bersama belia-belia dari Sarawak yang kini berada di Republik Korea telah diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta membakar semangat anak-anak Sarawak untuk terus berbakti kepada negara dan bangsa.



