Mission News

FILM SCREENING: “MAT KILAU” AT HANKUK UNIVERSITY OF FOREIGN STUDIES (HUFS)

08 May 2024 1 views

Pada 7 Mei 2024, TYT Dato’ Mohd Zamruni Khalid, Duta Besar Malaysia ke Republik Korea telah diundang untuk memberikan ucapan kepada sekumpulan 70 mahasiswa Korea yang sedang mengikuti ijazah di dalam jurusan Pengajian Melayu – Indonesia di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS). Undangan tersebut dibuat bersempena dengan tayangan filem Mat Kilau kepada mahasiswa di HUFS dan juga bagi meraikan ulang tahun ke-60 penubuhan Jabatan Pengajian Melayu – Indonesia (JPMI). Turut mengiringi Duta Besar adalah Timbalan Ketua Perwakilan serta Kaunselor (Pendidikan & Latihan). Delegasi dari Kedutaan Besar Malaysia telah disambut oleh barisan kepimpinan dari JPMI. Di antara inti pati ucapan oleh Duta Besar, beliau telah melontarkan cabaran kepada pelajar di HUFS untuk menyaingi pencapaian gemilang yang telah dikecapi oleh mahasiswa daripada jurusan yang sama di China, Jepun dan Uzbekistan yang telah merangkul pelbagai anugerah di dalam pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Malaysia Piala Perdana Menteri yang dianjurkan saban tahun di Malaysia.

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back