
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA SEOUL
REPUBLIK KOREA
HEBAHAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI LUAR NEGARA BERKAITAN PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DIBAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN NEGERI JOHOR KE -15
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 12 Mac 2022 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-15.
Kemudahan mengundi secara pos bagi warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara akan diberikan bagi maksud PRU Dewan Negeri Johor ke -15 dibawah kategori 1B (Luar Negara). Tempoh permohonan telah diwartakan oleh SPR adalah mulai 9 Februari 2022 (Rabu) sehingga 18 Februari 2022 (Jumaat).
Untuk makluman tuan/puan, syarat kelayakan bagi permohonan undi pos bagi Kategori 1B seperti berikut telah dimansuhkan :-
- Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Nawathiwat, Pattani. Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
- Pernah kembali ke Malaysia, selama tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh kekosongan yang dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi kerusi Dewan Undangan bagi Negeri Johor
Justeru, bagi maksud PRU Dewan Negeri Johor Ke-15 ini, semua warganegara Malaysia yang merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana mana Bahagian Pilihan Raya Dewan Negeri di dalam negeri Johor dan bermastautin di luar negara adalah layak untuk memohon sebagai pengundi pos di bawah Kategori 1B (Luar Negara). Walaubagaimanapun, kelulusan setiap permohonan ini masih tertakluk di bawah bidang kuasa Setiausaha SPR.
Setiap permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang MySPR di pautan berikut https://myspr.spr.gov.my/login atau di portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my/. Pemohon dinasihatkan agar memohon lebih awal bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu atau kesulitan.
Sekian, terima kasih.
14 Februari 2022