Mission News

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI SEKRETARIAT TETAP KOR SUKSIS UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

09 May 2024 1 views

Pada 7 Mei 2024, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sekretariat Tetap Kor SUKSIS Universiti Awam Malaysia sempena Program Eksesais Pengantarabangsaan SUKSIS 2.0 bagi tujuan lawatan penanda aras dan jalinan kerjasama dengan Korea National Police University (KNPU), Korea National Police Agency (KNPA) dan Seoul National University dari 6 – 11 Mei 2024.  Kedutaan percaya program seumpana ini dapat memperkukuh hubungan serta menyelaras pertukaran pengetahuan antara universiti-universiti Malaysia dan Republik Korea di samping meneroka peluang kerjasama antara kedua negara dalam bidang pendidikan dan keselamatan.

Share:
Link copied to clipboard
Back