Mission News

Kemenangan Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia Terbuka Korea, Seoul

10 January 2012 1 views
Kemenangan Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia Terbuka Korea, Seoul
 
 

Datuk Lee Chong Wei (menerima ucapan tahniah)  bergambar bersama-sama sekumpulan warga Malaysia yang terdiri dari warga Kedutaan Besar Malaysia, siswa-siswi dan ekspatriat selepas sesi temuramah bersama media sejurus beliau menewaskan Lin Dan 12-21, 21-18, 21-14 di kejohanan badminton dunia Terbuka Korea di Gimnasium Olimpik Seoul, pada hari Ahad, 8 Januari, 2012.

 

Laungan kata-kata semangat dan perangsang “Malaysia Boleh” oleh siswa-siswi Malaysia di Republik Korea bergema di Gimnasium Olimpik Seoul pada hari Sabtu, 7 dan Ahad 8 Januari, 2012 setiap kali pasukan Malaysia mengutip mata kemenangan.

 

Datuk Lee Chong Wei menerima hadiah kemenangan selepas beliau menewaskan pencabar dari China Lin Dan di kejohanan badminton dunia Terbuka Korea di Gimnasium Olimpik Seoul, pada hari Ahad, 8 Januari, 2012.

 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back