Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menerima kunjungan daripada delegasi Education Malaysia Global Services (EMGS) dan wakil Institusi-institusi Pengajian Tinggi di Malaysia pada 6 Oktober 2023.
Semasa pertemuan tersebut. pihak EMGS telah berkongsi tentang peranan dan matlamat utama yang dibawa oleh EMGS dalam mempromosi sistem pendidikan Malaysia ke luar negara, selaras dengan hasrat Malaysia dalam menjadi hab pendidikan antarabangsa serta sasaran dalam menghasilkan 250,000 pelajar antarabangsa di Malaysia menjelang tahun 2025.

