Duta Besar Malaysia ke Republik Korea telah menerima kunjungan hormat dari pasukan penyelidik yang terdiri daripada sekumpulan doktor pakar rehabilitasi dan neurologi pada 20 Julai 2023. Delegasi diketuai oleh Ketua Penyelidik merangkap Dekan Fakulti Perubatan UiTM, Prof. Madya Dr Fazah Akhtar Hanapiah dan pakar dari UiTM, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM, Daehan Rehabilitation Hospital di Putrajaya dan rakan usaha sama dari Republik Korea, Dr. Kim Dong Soo yang merupakan pengasas ROI Hospital.
Sesi tersebut membincangkan kepentingan jalinan kerjasama di antara Malaysia dan Republik Korea dalam bidang rehabilitasi yang boleh dipertingkatkan menerusi pemindahan teknologi terutamanya penggunaan teknologi robotik dalam proses rehabilitasi serta menjadikan Malaysia sebagai hab pelancongan perubatan bagi rehabilitasi pada masa akan datang.



